Isnin, 11 Februari 2013

Wahai Sahabat :')

Hi, Hello, Huhu, Haha, Hihi, Hoho awak, awak dan awak *lambai tangan* ;) Assalamualaikum :) Apa khabar awak semua? Sihat? Dinie sentiasa doakan awak awak semua sihat sentiasa :') So, macam mana dengan cuti korang sempena Sambutan Tahun Baru China ni? Ada pergi bercuti dengan family dekat mana-mana? Jangan lupa ya jaga keselamatan diri korang semasa bercuti tu. Jangan pulak naik sekolah nanti, tangan hilang, kaki hilang sebab main mercun *muka serious* Hahaha :D Dinie pulak? Sempena cuti sekolah ni, Dinie balik kampung dekat Muar. Tak ada lah jauh sangat dari Kota Tinggi. Nak bercuti dengan family tu memang takde rasanya sebab ayah dengan mama busy kerja. So, dinie habiskan masa online, Whatsapp, makan, tidur. Haa, tu je lah yang dinie buat setiap hari. Hahaha :3

Dinie nampak ceria kan? Ya, Dinie memang nampak ceria di luar tapi hakikatnya? Hmm :') Sebenarnya, bukan itu yang ingin Dinie kongsikan bersama awak semua. Cuba awak semua tengok gambar di atas tu. Gambar tu berkenaan dengan 'friendship' kan? Ya, hari ni dinie ingin kongsi bersama awak semua tentang 'friendship' atau dalam bahasa melayunya, SAHABAT. Setiap orang di dunia perlukan SAHABAT kan? Tanpa SAHABAT, kita pasti merasa sunyi, sendiri dan sepi. Dinie ada ramai SAHABAT sama ada di sekolah ataupun di laman sosial. Mereka sumber kekuatan dan ketabahan Dinie. Bila Dinie ditimpa dugaan, pertama memang Dinie akan mengadu pada Allah. Kedua, Dinie akan berkongsi dugaan ni bersama SAHABAT-SAHABAT dinie. Mereka sentiasa ada di sisi Dinie tak kira waktu susah mahupun senang. Setiap suka duka yang Dinie hadapi, pastinya akan Dinie kongsi bersama mereka. Mereka penting? Ya! Mereka terlalu penting dalam hidup Dinie :')

Pernah Dinie menangis seharian bila ditimpa dugaan. Rasa macam tiada semangat untuk bangun. Rasa macam hanya kesepian, kesedihan dan kesengsaraan yang datang menjelma. Dinie sendiri dengan dilema. Kebetulan waktu itu handphone ada dekat sebelah Dinie. Entah kenapa, Dinie terus capai handphone tu dan Dinie terus tengok gambar SAHABAT-SAHABAT Dinie. Secara tiba tiba dinie rasa ada sesuatu yang membuat semangat Dinie datang semula. Air mata yang mengalir terus berhenti mengalir. Sebabnya? Sehingga sekarang persoalan itu tidak terjawab. Tapi apa yang Dinie dapat simpulkan, mungkin itu semangat dan dorongan daripada SAHABAT-SAHABAT Dinie supaya Dinie tidak mudah putus asa menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan. Lihat? Betapa pentingnya SAHABAT dalam hidup Dinie :')

Persahabatan itu bukanlah bermaksud siapa yang hadir terlebih dahulu dalam hidup kita, tetapi ia bermaksud seseorang yang datang dalam hidup kita dan tidak pernah meninggalkan kita bersendirian :')

Wahai SAHABAT, jika Allah takdirkan saya pergi menghadapNya dahulu, jangan lah awak bersedih di atas pemergian saya. Sentiasalah ingat saya di dalam doa awak walaupun mungkin nama saya yang terakhir di dalam doa awak. Saya tidak berharap nama saya yang pertama terukir di hati awak, tetapi saya berharap saya sentiasa berada di dalam ingatan awak walaupun hanya untuk satu saat. Janganlah awak biarkan air mata awak terus mengalir kerana saya pasti akan ikut menangis bersama awak walaupun hakikatnya hanya jasad yang tinggal tanpa roh di dalamnya. Teruskanlah kehidupan awak dengan kegembiraan, tawa, ceria walaupun tiadanya saya di sisi awak yang dapat membuat awak tersenyum, ketawa ceria :') Assalamualaikum dari saya wahai SAHABAT :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan