Isnin, 1 April 2013




Assalamualaikum dan Hai awak semua :) Awak semua apa khabar? Sihat? Dinie di sini hmm sihat Alhamdulillah :') Hari ni macam-macam dugaan yang Dinie hadapi tapi Alhamdulillah Dinie kuat menghadapi dugaan tersebut :') Okay tak nak sedih-sedih. Hari ni nak update happy-happy je :'D 

Kalau awak semua sedia maklum, entry sebelum ni tentang Sahabat kan? Hari ni Dinie pun nak update tentang Sahabat. Sahabat ni memang penting dalam kehidupan kita kan? :') Begitu juga dengan diri Dinie. Penting sangat Sahabat dalam kehidupan Dinie. Mereka yang buat Dinie happy, menangis bersama, kongsi masalah bersama. See? Terlalu penting Sahabat dalam kehidupan Dinie :')

Sabtu lepas, Dinie ada pergi satu kem ni that is Kem Motivasi Alihan Pelajar dekat Bandar Baru Uda. Mula-mula memang sumpah malas gila nak pergi, Ya lah nama pun kem motivasi kan? Then mama pujuk pujuk pujuk sampai lah Dinie rela hati nak pergi kem tu. Dah siap pakai baju kurung, then ayah cepat-cepat start kereta nak pergi hantar Dinie. Masa mula sampai tu, rasa janggal yang teramat sangat sebab sorang pun dekat situ Dinie tak kenal *garu kepala*  

Then Dinie duduk. Datang one girl duduk sebelah Dinie. Dinie tanya nama dia, sekolah mana and stay dekat mana. Dari situ kami mula rapat. Dinie pun rapat dengan kawan dia yang duduk sebelah dia, and one girl yang duduk belakang Dinie. Ketawa sama-sama, merajuk ada je yang pujuk, ambil gambar sama-sama. Serious dalam satu hari tu macam dah lama sangat kenal :') Diorang are Fee, Nasz and our seniour, Kak Fatin Fathia. Diorang ni memang serious friendly. Sebab tu even kem ni just 2 hari, tapi hati ni dah mula sayang dekat three girl ni :') 

Last day kami dekat kem tu, masing-masing mula nak sedih, Ya lah sebab entah bila lagi kan dapat jumpa :') Last day tu lah banyak gambar yang kami ambil bersama. Sebab itu semua akan kami jadikan kenangan bersama :') Then masa dalam kem tu, semua peserta kena nyanyi lagu Teman Sejati. Kami pegang tangan sama-sama, nyanyi sama-sama :') Air mata ni Dinie tahan je depan diorang bertiga ni :') 

Masa last day tu, kami macam biasa pergi rehat sama-sama. Then masa makan, Dinie yang paling last habiskan makanan. Hahaha teruk betul kan xD Then, Dinie letak phone atas meja. Ingatkan diorang jaga phone tu tapi hampeh *geletek kang korang ni xD* Dinie dah basuh tangan then Dinie pergi meja tu balik. Tengok-tengok je phone dah takde atas meja. Alamak, mana phone ni? Muka memang dah cuak lah masa tu tapi Dinie dapat agak, mesti ada di antara tiga orang ni yang ambik phone Dinie. Diorang ketawakan masa Dinie tengah cuak cari phone. Dinie apa lagi, terus blah. Merajuk sebenarnya hahaha xD Then, Dinie masuk toilet, Dinie diam je. Tak bertegur pun dengan diorang. Sekali, Fatin yang chubby-chubby tu datang, pulangkan phone then saja lah tu manja-manja nak pujuk hihihi :'D Lepas dah puas merajuk, last-last kami ketawa sama-sama :'D Terlalu banyak moment kami yang memang takkan Dinie lupakan :')

Then haa dah sampai masa nak balik. Air mata dah bergenang je dekat kelopak mata :') Our seniour, Kak Fatin Fathia yang first balik. Hati memang dah sebak sangat masa tu :') Then lepas Kak Fatin Fathia, Fee pulak yang balik. Sorang-sorang balik :') Hati dah makin sebak. Air mata mula lah nak menitis, Dinie terus usap air mata. Tak nak bagi diorang nampak Dinie nangis. Dinie kan kuat. Hmm hihihi :') Then next Fatin pulak balik. Hati dah terlalu sebak :') Tahan je air mata masa lambai three girls ni :') Haa, punya lah panjang Dinie cerita tapi awak semua belum tahu lagi kan siapa mereka? Ni lah mereka :


 








Ni lah kami berempat. Yang shawl hijau tu our seniour, Kak Fatin Fathia. Dia memang serious friendly and cantik gila! Then sebelah dia tu our Clown, Fee. Dia ni memang suka buat lawak :'D Then our Chubby girl, Fatin. Dia ni comel. Suka tengok pipi dia aummm! :'D 

Girls, Dinie harap korang sentiasa ingat Dinie taw. Dinie doa kita dapat jumpa, date sama-sama lagi lepas ni :') Dinie akan sentiasa ada untuk korang, akan sentiasa support korang dalam mencapai cita-cita korang. Much love :') Assalamualaikum :')