Khamis, 28 Mac 2013

Friends? Miss You....... :')




Assalamualaikum dan Hai Hello semua *lambai tangan* Awak semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau awak semua sihat. Dinie? Dinie sihat Alhamdulillah cuma kebelakangan ni dada ni asyik sakit je :') Kenapa? Entah lah. Demam kot. Hihihi........... :'D Hari ni Dinie nak kongsi cerita dekat awak semua tentang Friend atau biasa kita dengar, Sahabat :') Hmm yaa, tentang Sahabat :')

Hari ni Dinie rasa sepi, kosong. Eh, bukan hari ni je. Hari-hari lain pun sama :') Kenapa? Sebab Dinie rindu. Rindu siapa? Rindu orang-orang yang Dinie sayang. Rindu kenangan, hmm yaa, rindu semuanya :') Tapi..... Dinie hanya mampu diamkan, pendam. Pendam rasa rindu ni jauh di dalam sudut hati yang paling dalam :') Tak mampu nak luahkan rasa rindu ni dengan kata-kata. Hanya mampu lihat dari jauh :') 

Siapa yang Dinie terlalu rindu? Hmm, Dinie terlalu rindu sahabat-sahabat Dinie, terlalu rindu..... hmm yaa, terlalu rindu :') Dinie faham Dinie yang buat salah besar sampai mereka benci Dinie. Yaa, memang salah Dinie :') Dinie dah cuba sedaya-upaya minta maaf tapi Dinie faham kalau mereka tidak dapat maafkan kesalahan Dinie. Dinie tak paksa mereka untuk maafkan kesalahan Dinie. Sebab tu rasa rindu yang terlalu rindu Dinie simpan jauh di dalam sudut hati Dinie yang kecil ni :')

Memang setiap hari tanpa jemu Dinie akan stalk apa jua berkenaan tentang mereka sama ada facebook ke twitter ke.... :') Dinie tenung gambar mereka...... Dinie stalk..... :') Yaa, setiap hari Dinie buat macam tu. Entah kenapa hati ni mesti terdetik nak stalk :') Dinie tengok mereka bahagia tanpa Dinie, Tak mengapalah. Dinie tetap doakan kebahagiaan mereka sampai hujung nyawa mereka :')

Walaupun Allah beri dugaan yang amat berat buat Dinie, tapi rasa benci terhadap mereka tidak sama sekali pernah timbul dan terbit di hati kecil Dinie. Semua ni berpunca dari Dinie. Memang betul Dinie yang bersalah, sebab tu Dinie layak dibenci, bukan disayangi kan? Yaa, Dinie tau tu :') Tapi....... Dinie tak putus asa. Dinie berdoa dan terus berdoa supaya Allah lembutkan hati mereka untuk memaafkan kesalahan Dinie. Satu persatu nama sahabat-sahabat Dinie, Dinie sebut dalam doa Dinie. Terlalu rindu.......  :')

Mungkin ada di antara awak semua sanggup baca apa yang Dinie cerita, kongsi pada hari ni. Terima kasih yang teramat sangat sebab awak semua sudi baca :') Allah beri Dinie kekuatan semasa Dinie type ni sebab setitik pun air mata tidak keluar. Semuanya Dinie pendam jauh-jauh dalam hati, termasuk air mata :')

Wahai Sahabat, mungkin di dalam hati awak telah timbul rasa benci terhadap diri ini :') Saya minta maaf yang teramat sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki atas setiap kesalahan yang telah saya lakukan terhadap awak. Ingatlah Wahai Sahabat, tidak pernah timbul rasa benci terhadap awak walaupun telah terjadi persengketaan antara kita. Saya terlalu merindui awak. Yaa, terlalu rindu, Sahabat :') Saya menunggu kemaafan yang tulus dari hati awak yaa :') Assalamualaikum......... :')







Tiada ulasan:

Catat Ulasan