
Hmm, Assalamualaikum awak semua :') Hi hi dan hi *lambai tangan* :') Apa khabar awak semua? Sihat? Alhamdulillah kalau korang sihat :') Dinie sihat? Hmm, ya, dinie sihat *usap air mata* :') Hmm, hari ni pelbagai dugaan datang menimpa dinie. Pelbagai dugaan :'( Dugaan yang sama sekali dinie tidak percaya akan menimpa dinie :'( Dugaan yang Allah timpakan ke atas insan yang lemah ini, iaitu Dinie *usap dada* :'(
Bila dinie sendiri, bila dinie sepi, bila dinie rasa kosong, pertama sekali pada Allah tempat dinie luahkan apa yang terbuku dalam hati dinie :'( Terlalu banyak luka di hati kecil dinie yang mungkin sama sekali dinie tidak dapat hilangkan kesan luka itu. Air mata yang tidak pernah henti mengalir dari mata sayu dinie :'( Air mata yang keluar kerana pesan dari hati yang telah terluka :'( Susah untuk dinie capai kebahagiaan yang terlalu jauh. Terlalu susah untuk dinie capai kerana hanya kesedihan yang menjelma :'(
Bila dinie tengok insan lain, kawan kawan dinie tersenyum bahagia, dinie pendamkan kesedihan yang dinie alami dan dinie akan berpura pura ikut gembira, bahagia dan tertawa sekali. Dinie nak diorang tengok dinie bahagia, dinie kuat. Tapi, amat susah. Ya, amat susah untuk dinie terus berpura pura ikut gembira, bahagia dan tertawa seperti diri dinie yang sebelum ni *usap air mata* :'( Semakin dinie pendam kesedihan yang dinie alami, hati dinie semakin sakit, semakin perit kerana beban yang tidak tertanggung :'(
Bila kawan kawan tengok dinie menangis tiba tiba, masing masing tertanya tanya kenapa dengan dinie. Kenapa air mata mudah mengalir keluar. Kenapa dan kenapa. Itu semua menjadi persoalan di benak fikiran mereka. Dinie hanya mampu tersenyum dan bisik dalam hati "Allah beri aku dugaan sebab Allah nak uji aku. Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah. Ya, tak boleh!" Dinie terapkan dalam hati kecil dinie :') Ya, walaupun sangat menyakitkan tapi dinie tak boleh terus lemah. Dinie perlu bangkit, perlu bangun! Tapi....... semua tu cuma kata hati dinie. Tapi hakikatnya? Hmm *usap air mata* :') Setiap malam, dinie duduk termenung dalam bilik. Termenung memikirkan apa lagi dugaan yang dinie harus hadapi. Adakah dugaan yang mungkin muncul lepas ni semakin kuat cabaranya? Adakah dugaan yang mungkin muncul lepas ni akan menguji kecekalan hati dinie? Ya, persoalan itu berulang kali bermain di dalam akal fikiran dinie. Adakah persoalan itu terjawab? Tidak. Sehingga sekarang sama sekali tidak terjawab *tunduk bawah* :')
Mesti awak semua tertanya tanya kan apa dugaan yang dinie hadapi? Itu semua dugaan dari Allah. Pelbagai dugaan yang mungkin tidak terkira :') Sampai sini dahulu nukilan luahan dari hati kecil dinie yang terluka :') Terima kasih kepada awak semua yang sudi mendengar dan mungkin ada yang faham situasi yang dinie hadapi. Terima kasih dinie ucapkan :') Assalamualaikum :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan