
Hi! Hi! Hi! Dan assalamualaikum awak :') Lamanya dinie tak update entry kan? Dinie busy? Ish, takdenya busy kalau dah setiap hari online. Banyak sebenarnya cerita yang dinie nak kongsi dengan awak semua dari first day sekolah sampai lah dah berapa hari kita sekolah ni. Blog ni pun dah berhabuk dah. Shuh shuh! *tutup hidung + buang habuk* Haa, dah bersih dah. Baru lah boleh update story dengan tenang. Hahaha. Okay, dinie loyar buruk pulak dah xD
Back to the title. "I'm Yours Again" Awak semua mesti tahu kan apa makna I'm Yours Again tu? Hahaha, ye. Maksudnya Saya Milik Awak Semula. Eh, dinie milik siapa semula ni? Of course seseorang yang memang special di hati dinie :') Siapa? Nak tau siapa? Tu haa orangnya. Ala, budak yang dekat gambar atas tu. Haa, nampak tak? Yes, itu lah orangnya. My PANDA :') Someone special yang dah mencuri hati dinie pada tarikh 24.11.2012 yang memang takkan dinie lupa tarikhnya :')
Sebenarnya dinie dengan MR PANDA tu ada break up sekali sebelum ni. Sebab dan puncanya apa? Hmm, biarlah kami berdua saja tau :') Masa MR PANDA IM dinie dekat facebook and then cakap pasal 'break up' tu, seriously air mata dinie terus jatuh dan ish! Terus tak berhenti henti air mata dinie jatuh :'( Perempuan mana yang tak kecewa, merana dan pastinya menangis jika kehilangan orang yang dia terlalu sayang kan? *usap air mata* :')
Dinie terlalu buntu waktu tu. Tangan dinie terus menggigil. Badan dinie pun menggigil sebab terlalu terkejut dengan apa yang telah terjadi :'( Hanya Allah je yang tau betapa remuk dan hancurnya hati dinie waktu tu *usap air mata lagi* :'( Tapi bila difikirkan balik, mungkin dia bukan jodoh dinie dan dinie harus redha dengan apa yang telah terjadi. Dinie pasrah dan sememangnya air mata pasti takkan berhenti mengalir keluar kerana hati yang terlalu terluka :')
Dan selepas tu, kami cuma berkawan tapi pastinya RINDU kepada dia :') Dinie terus IM dengan dia seperti kawan biasa dan secara tiba tiba, dia IM dinie seperti gambar yang awak semua boleh tengok di bawah ni. Sorry kalau gambarnya tak berapa clear :(

Dan dinie terus macam "Ya Allah! Ya Allah! Betul ke ni? Ish, betul ke?" sambil gosok mata banyak kali. Ye lah, mana lah tau dia gurau. But, yes, dia serious dengan apa yang dia kata *usap air mata* :') Boleh dikatakan kami cuma break up tak sampai satu hari pun sebenarnya. Baru je beberapa jam break up tapi tu lah, mungkin kami saling merindu, saling mencintai antara satu sama lain dan pastinya saling memerlukan antara satu sama lain :') Pada Allah dinie mengadu segalanya. Setiap kali lepas solat, pastinya nama Mohd Hafis Bin Azman akan dinie selitkan di setiap doa doa dinie :') Dia lah lelaki yang dinie sayang, rindu dan pastinya yang dinie cinta sepenuh hati dinie :') Assalamualaikum Cinta :')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan