Khamis, 27 Disember 2012

Cuba Untuk Tabah :')





Assalamualaikum awak, awak dan awak *lambai tangan* :') Setelah sekian lamanya dinie tak update story baru, hari ni baru ade idea nak update. Dinie busy? Ish, takdenya dinie busy. Sebenarnya, dinie tak tau nak update story apa *garu kepala* Balik pada tajuk story dinie hari ni *muka serious*

Kebelakangan ni, macam macam dugaan menimpa kehidupan dinie sampai dinie rasa kenapa dinie perlu hadapi dugaan tu semua. Kenapa tak orang lain. Kenapa kenapa? Semua itu menjadi persoalan dalam diri dinie. Kadang kadang dinie rasa macam dah tak kuat hadapi dugaan. Air mata menjadi peneman setia dalam hidup dinie. Dinie cuba tahan air mata ni daripada keluar tapi entah kenapa, air mata ni berkeras, degil, tetap nak keluar jugak *tepuk dada* Mungkin itu semua pesan dari hati kecil dinie *usap air mata* :')







Tanpa keluarga, tanpa sahabat, dinie tak akan pernah rasa kuat untuk jalani kehidupan ni. Mereka sentiasa ada tak kira susah mahupun senang. Mereka sumber kekuatan dinie. Mereka sumber kebahagiaan dinie. Tanpa mereka, mungkin dinie tidak akan pernah menjadi seorang perempuan yang tabah :') Dinie mengaku dinie memang mudah nangis *tutup muka* Dengar lagu menangis, bila dinie gembira menangis, lagikan bila dinie tengah sedih, lagi banyak air mata dinie mengalir keluar :')


Sebenarnya, bila dinie menangis, dada dinie akan sakit. Rasa sempit. Rasa terlalu sukar untuk bernafas. Dinie hanya mampu sabar. Tiada sesiapa tahu perkara ni. Kenapa dinie tak nak bagitau? Nak tau kenapa? Dinie tak nak orang orang yang dinie sayang risaukan orang yang lemah seperti dinie ni. Rasa macam sia sia je kan risaukan orang yang lemah seperti dinie ni? Dinie tak sanggup lihat air mata orang orang yang dinie sayang mengalir keluar disebabkan dinie. Serious, tak sanggup *tunduk bawah* :'( Dinie hanya mampu berserah pada Allah kerana dinie tau, Allah beri dugaan ke atas hambanya kerana ingin menguji kesabaran serta ketabahan hati dan diri seseorang :')

Bila dinie tengok kawan kawan risau dinie cepat sakit, kadang kadang rasa bodoh sangat. Kenapa? Sebab dinie sepatutnya tak boleh buat mereka risau. Mereka ada kehidupan mereka sendiri. Dinie tak berhak buat mereka menangis disebabkan dinie. Mereka berhak untuk tersenyum, gembira menjalani kehidupan mereka :') Dinie ni cuma siapa. Hanya insan biasa saja :')

Ya Allah. Aku mohon padamu. Engkau kuatkan lah hati hambamu ini. Kuatkanlah aku dalam menghadapi pelbagai dugaan yang Kau berikan terhadap aku, Ya Allah. Sesungguhnya aku sangat menyayangi keluargaku, sahabatku, cinta terakhirku Mohd Hafis Bin Azman. Cukuplah Ya Allah, aku melihat orang orang yang aku sangat sayangi menangis kerana aku. Biarlah aku yang menangis, biarlah aku yang menderita, tapi jangan mereka Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin :')





Tiada ulasan:

Catat Ulasan