Selasa, 18 Disember 2012

Rindu? Ye, Saya Rindu Awak :'(


Hai dan Assalamualaikum awak semua *lambai tangan* Firstly, esok result PMR keluar kan? Amaigaaaddddd! Serious takut sangat *peluk teddy bear kuat kuat* Pejam celik pejam celik, esok dah keluar dah result PMR. Dinie pasti semua batch 97 tengah menggigil satu badan tunggu esok tiba. Wuuu, sama lah dengan dinie :'<

Eh, bukan tu sebenarnya dinie nak kongsi dengan awak semua hari ni. Sebenarnya, hari ni dinie nak kongsi luahan hati dinie dekat awak semua. Eh, luahan hati lagi? Iye lah, luahan hati. Maklum lah, kebelakangan ni air mata yang jadi best friend yang paling dekat dengan dinie :') Dinie sedih? Ye dinie sedih tapi kali ni bukan pasal Mr Tonjang dinie. Tapi hmm. Pasal apa? Pasal adik angkat. Kebanyakkan orang di dunia ni ada adik angkat kan? Nak tau siapa adik angkat dinie? Ni dia.



Dia cantik kan? Dia comel kan? :') Bagi dinie dia memang perfect. Kami rapat sangat. Ye, terlalu rapat. Kami mula kenal dekat sekolah agama dan dekat laman sosial facebook. Dinie like banyak banyak gambar dia, komen gambar dia. Maklum lah, budaknya comel :') Dan dari situ kami rapat dan rapat. Jumpa? Hmm, jumpa masa dekat sekolah agama je, lepastu tak pernah langsung walaupun kami duduk area Kota Tinggi, area yang sama. Maklum lah, Allah belum pertemukan lagi kami berdua :') Dan secara tiba tiba, kami terus tak bertegur. Sebab apa? Mungkin dia busy. Dinie sendiri tidak tahu apa sebabnya *usap air mata* :'(

Sudah 2 tahun lebih kami tak bertegur. Lama tak? Hmm, lama kan :'( Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan dinie bila kami langsung tak bertegur. Masing masing diamkan diri. Masing masing tak bertegur. Dinie happy? No! Dinie tak happy. Kenapa awak nampak dinie macam happy? Luaran dinie memang nampak happy, tapi dalaman dinie? Hati dinie? Hanya Allah saja yang tahu :'( Ini dugaan yang kali ke berapa dinie terpaksa hadapi. Ini dugaan kali ke berapa membuatkan dinie terpaksa pura pura kuat hadapi. Ini dugaan kali ke berapa membuatkan air mata dinie menitis di pipi. Dinie sendiri tak tahu ke berapa kali *usap air mata lagi* :'(


hai dinie :)



Eh apa tu? Hmm, itu first time dia tegur dinie dekat twitter. Alhamdulillah, dia masih lagi ingat dinie. Takut dia dah lupa je :') Maklum lah, hati kita ni cepat berubah kan? Selepas dia tegur dekat twitter, kami terus mention dan mention dan mention. Alhamdulillah, semakin rapat balik walaupun setelah 2 tahun tak bertegur :')

Cuma dinie rasa hati dinie tak tenang. Dinie whatsapp dia sambil dinie nangis, dahi dinie panas, tangan dinie menggigil, tapi dinie diamkan. Dinie tak bagitahu dia. Dinie tak nak dia risau. Banyak lagi perkara lain yang dia nak fikir selain dinie kan? *tunduk bawah* Dinie nampak dia risaukan dinie. Dia takut punca dinie jadi macam tu sebab dia. Hmm, mungkin sebab dia. Tapi kenapa sebab dia? Dia kan layan dinie baik je? Hmm, dinie tau itu. Cuma hati dinie tak tenang. Dinie takut dia tinggalkan dinie kali kedua. Hati dinie ni dah terlalu sakit sebab perlu hadapi pelbagai dugaan. Sakit sangat *usap dada* :'(

Jika saya Dinie Maisyarah Binti Dzulfaqar ditakdirkan pergi meninggalkan dunia ini dahulu, saya harap awak, Nur Izzaty Yuhanis Binti Yusof jangan menangis di atas pemergian saya ye? Sebab waktu itu saya tiada daya lagi untuk bangun dan mengusap air mata awak.  :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan