Isnin, 17 Disember 2012

Awak? Maafkan saya :'(


Assalamualaikum awak semua :') Jam sekarang pukul berapa ek? Jap jap. Dinie tengok jam *besarkan mata + tengok jam* Haa, dah pukul 1.13 pagi dah kan? Hari ni sebenarnya dinie nak share luahan hati dinie dengan awak semua. Itu pun kalau ada lah yang sudi dengar *tunduk bawah + usap air mata*

Dinie tergerak hati nak on twitter. Macam biasa lah, rutin dinie stalk twitter Mr Tonjang dinie. Normal lah tu. Setiap perempuan buat perkara yang sama. Ye lah, takut Bf dia rapat dengan mana mana perempuan kan? :') Dah puas tengok gambar Mr Tonjang, dinie scroll down,  scroll down lagi, dan Ya Allah, tiba tiba ternampak tweet dia.


dy tak pk aq on9 sbub dy.. aq on tgok dy lyn mem dy.. k fine la... ingat aq ni tungul ke


jgn nagis sbab aq laaaaaaaaaa



aq tak sehat pastu kau uat aq mcm tunggul.. mne aq tak angin




Ya Allah. Dinie terus menggigil. Dinie gosok mata banyak kali. Betul ke dia yang tweet semua tu? Dinie gosok mata banyak banyak kali sampai mata dinie pedih dan ye, memang betul dia tweet *usap air mata* Awak, kenapa awak? Saya faham perangai saya memang macam ni. Awak, saya terus lemah awak bila awak tweet macam tu. Air mata saya terus mengalir dan mengalir dan mengalir. Saya dah cuba tahan air mata saya tapi semakin saya tahan, eh, air mata ni makin degil nak keluar *tunduk bawah*

Awak, hubungan kita ni pun masih baru lagi kan? Dan kita dah berapa kali hadapi pelbagai dugaan. Saya cuba untuk kuat dalam pertahankan hubungan kita ni. Air mata saya ni dah penat awak sebab asyik keluar je. Tapi saya tak peduli semua itu. Saya tetap berusaha pertahankan hubungan kita walau apa pun jadi. Awak, perempuan ni kalau dah sayang sangat dekat seseorang lelaki tu, dia akan terus berusaha dan berusaha untuk pertahankan hubungan dia dengan lelaki itu *usap air mata lagi* Saya selalu nasihat orang macam ni, ''Awak, kuat ye? Ini semua dugaan dari Allah. Dia nak uji awak'' tapi hakikatnya, saya sendiri yang terlalu lemah hadapi dugaan *peluk teddy bear + pandang langit* :'(

Saya merayu mohon maaf dengan awak. Saya tak peduli apa orang nak cakap, asalkan awak dapat maafkan kesalahan saya. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak sangat sangat, Mohd Hafis Bin Azman dan itu janji saya dari mula tarikh saya terima awak, 24/11/2012. Saya pegang janji saya itu dan tak pernah sama sekali saya mungkir janji saya itu.



saia mintak maaf bub da uat awx nagis + sesak nafas + nx pensan .. ni sumea pragai saia yg kuat ego



Saya nangis? Saya sesak nafas? Saya pengsan? Awak tau tak kenapa saya jadi macam tu? Semua tu sebab saya cintakan awak dan semestinya saya takut kehilangan awak. Saya tak akan pernah kenal erti putus asa dalam mempertahankan hubungan kita dan itu janji saya :')

Awak awak semua. Ini lah luahan hati dinie sebenarnya. Normal lah kan dalam hubungan, mesti ada salah faham, gaduh tu semua. Semua tu muncul sebab Allah nak uji hubungan kita dengan seseorang lelaki yang kita sayang dan cinta kan? Allah tak akan beri dugaan yang melampaui kekuatan dan ketabahan hati dan diri seseorang. Sebab tu kita kena sentiasa kuat dalam hadapi sebarang dugaan dari Nya :')

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca dan dengar luahan hati dinie ni. Dinie betul betul hargai. Terima kasih sangat sangat *cium pipi kanan kiri* :') Haa, okay lah. Dinie dah ngantuk sangat ni. Nak tidur sambil peluk teddy bear Domo :'D Good night and sweet dream cinta hati dinie *flying kiss* :*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan